STEM/IoT- Walking Horse
7 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniKelas STEM/IoT telah dijalankan pada 6 Jun 2024. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah pada pukul 2 hingga 4 petang. STEM bermaksud gabungan mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia. Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan. Pelajar diminta menghasilkan walking horse mengikut kreativiti sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: