STEM/IOT - Plickers
19 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniKelas STEM/IOT telah dijalankan pada 18 Jan 2024. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah pada pukul 2 hingga 4 petang. STEM bermaksud gabungan mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia.
Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan. Untuk kelas ini, pelajar belajar menggunakan aplikasi Plickers. Plickers ialah alat penilaian yang dibuat oleh guru yang sedang mencari cara yang cepat dan mudah untuk menyemak pemahaman pelajar. Alat penilaian ini membolehkan guru mengumpul data penilaian formatif di tempat tanpa perlu meminta pelajar menggunakan peranti atau kertas dan pensel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: