Advokasi – Berkongsi secara berlebihan
18 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniKelas advokasi telah dijalankan pada 17 Januari 2024. Kelas ini dihadiri oleh lepasan Tingkatan 5 komuniti Nanga Sekuau. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan PEDi Nanga sekuau selama 1 jam bermula dari 8 pagi dan tamat pada 9 pagi. Untuk kali ini, pelajar didedahkan dengan maksud module yang dipelajari iaitu module Berkongsi Secara Berlebihan dimana mereka disarankan agar tidak mudah memdedahkan terlalu banyak maklumat berkenaan diri sendiri di laman sosial.
Berkongsi terlalu banyak maklumat diri seperti no telefon,alamat rumah dan sebagainya akan membahayakan keselamatan diri. Pelajar dinasihati agar berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi apa-apa di dalam internet serta sebolehnya menetapkan privasi terhadap akaun laman sosial mereka. Kakitangan PEDi memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan module yang diajar mereka dengan mempertontonkan video yang berkaitan kepada para pelajar .
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: