Entrepreneurship –Profil perniagaan
16 April 2024 | Aktiviti TerkiniKelas keusahawan profil perniagaan telah dijalankan pada 15 April 2024. Kelas ini dihadiri oleh usahawan setempat. Kelas ini membantu peserta dalam membuat profil perniagaan bagi usahawan baru. Kakitangan NADI juga membimbing dan membantu usahawan mempromosikan dan memasarkan barangan jualan / produk mereka secara atas talian. Mereka juga dapat meningkatkan pengetahuan mereka untuk berniaga melalui platform ini secara tidak langsung dan mewujudkan minat peserta dalam menambah ilmu pengetahuan dalam penggunaan ICT dan dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing secara maya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: