STEM- Flower Blooming
18 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniKelas STEM telah dijalankan pada 17 Februari 2024. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah Menengah pada pukul 2 hingga 3 petang. STEM bermaksud gabungan mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia.
Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan. Untuk kelas ini, pelajar diminta menghasilkan bunga yang diperbuat daripada kertas dan selepas itu meletakkan bunga tersebut di atas air untuk menguji bunga tersebut berkembang atau tidak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: