STEM- Tanglung planet
5 October 2023 | Aktiviti TerkiniKelas STEM telah dijalankan pada 4 October 2023. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah pada pukul 10.01 hingga 11.01 pagi. STEM bermaksud gabungan mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia.
Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan. Pelajar diminta menghasilkan tanglung planet mengikut kreativiti sendiri dan menyebut 7 planet yang ada di sistem suria.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: