STEM - Lungs Model
16 November 2023 | Aktiviti TerkiniKelas STEM telah dijalankan pada 15 November 2023. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah Menengah pada pukul 4 hingga 5 petang. STEM bermaksud gabungan mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia.
Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan. Untuk kelas ini, pelajar diminta menghasilkan model Paru-Paru dengan menggunakan belon, straw, selotep dan kertas. Kelas ini dijalankan adalah untuk menguji sam ada belon tersebut akan mengembang seperti paru-paru jika ditiup.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: