Advokasi – Cyber grooming
6 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniKelas advokasi telah dijalankan pada 5 August 2023. Kelas ini dihadiri oleh lepasan murid sekolah menengah. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan PEDi Nanga sekuau selama 1 jam bermula dari 9 pagi dan tamat pada 10 pagi. Untuk kali ini, pelajar didedahkan dengan maksud module yang dipelajari iaitu modul cyber grooming. Cyber grooming adalah bentuk penjagaan kanak-kanak di mana pemangsa mensasarkan anak dalam talian, membina hubungan maya dengan mereka, memperoleh kepercayaan mereka dan belajar cara terbaik untuk mendapatkan akses kepada mereka di dunia nyata.
Cyber grooming juga amalan menjalin ikatan emosional dan memperoleh kepercayaan anak untuk tujuan yang jelas untuk mendera kanak-kanak secara fizikal atau seksual. Oleh itu, pelajar disarankan agar tidak mudah percaya dengan orang yang tidak dikenali yang terdapat dalam laman sosial terutamanya seperti facebook dan sebagainya. Mereka juga dinasihatkan supaya tidak mudah untuk berkongsi maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi terutamanya di laman sosial. Mereka juga diajar cara bagaimana mengelakkan diri daripada jenayah siber dan bagi memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan modul yang diajar mereka dengan dipertontonkan video yang berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: