STEM - Canva
21 September 2023 | Aktiviti TerkiniKelas STEM telah dijalankan pada 20 September 2023. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah Menengah pada pukul 2 hingga 4 petang. STEM bermaksud gabungan mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia.
Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan. Untuk kelas ini, pelajar diminta menghasilkan logo menggunakan aplikasi Canva. Melalui Canva, pelajar mendapat idea untuk mereka cipta logo menggunakan template yang telah disediakan didalam Canva.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: