STEM - Assemblr Edu
9 November 2023 | Aktiviti TerkiniKelas STEM telah dijalankan pada 8 November 2023. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah pada pukul 4 hingga 5 petang. STEM bermaksud gabungan mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia.
Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan. Pelajar telah didedahkan tentang Assemblr edu. Pelajar sangat bersemangat membuat AR menggunakan aplikasi Assemblr edu kerana ia menunjukkan gambar berbentuk 3D dan itu menarik minat pelajar untuk lebih bersemangat untuk belajar subjek STEM/Iot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: