STEM - Muka Topeng Haiwan
20 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniKelas STEM telah dijalankan pada 19 Ogos 2023. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah pada pukul 10 hingga 11 pagi. STEM bermaksud gabungan mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia.
Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan. Pelajar diminta menghasilkan model haiwan menggunakan kertas dan pensil warna,pen,pensil.Pelajar perlu menghasilkan model haiwan mengikut idea sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: