STEM/IOT - Blooket
21 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniKelas STEM telah dijalankan pada 20 December 2023. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah pada pukul 2 hingga 4 petang. STEM bermaksud gabungan mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia. Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan. Untuk kelas ini, pelajar belajar menggunakan aplikasi Blooket. Blooket ialah pandangan baharu yang menarik tentang permainan semakan bilik darjah moden. Ia bertujuan untuk memadankan tindakan dengan pendidikan untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih menarik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: