STEM- Flower Straw
17 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniKelas STEM telah dijalankan pada 16 December 2023. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah menengah pada pukul 4 hingga 5 petang. STEM bermaksud gabungan mata pelajaran bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi untuk mengajar kemahiran abad ke-21. Ini bagi menyediakan pelajar untuk pekerjaan masa hadapan dan membolehkan mereka bersaing dengan pelajar lain di seluruh dunia. Kurikulum STEM mengabungkan keempat-empat disiplin tersebut dan menggalakkan pengalaman hands-on serta memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan dalam bilik darjah pengetahuan “dunia sebenar” yang relevan. Untuk kelas ini, pelajar diminta menghasilkan ‘flower straw’ iaitu membuat bunga yang diperbuat dari straw. Kelas ini dapat menguji tahap kreativiti pelajar dalam membentuk bunga melalui bahan lain yang jarang digunakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: