Entrepreneur- bar chart & pie chart
7 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dijalankan pada 6 Mei 2022. Kelas ini telah dihadiri oleh usahawan komuniti sekuau.
Kelas ini telah berlangsung di Bilik Latihan PEDi Nanga Sekuau selama 2 jam bermula dari 2 petang dan tamat pada jam 4 petang.
Kelas kali ini memperkenalkan cara membuat carta bar dan carta pie kepada pelajar. Pelajar juga diberi penerangan tentang kegunaan, kekurangan & kelebihan menggunakan carta untuk mengkaji untung dan rugi jualan mereka setiap bulan. Untuk kefahaman yang lebih jelas, pelajar diberi latihan ringkas cara membuat carta bar dan carta pie. Pelajar telah diajar cara untuk memasukkan data didalam carta bar dan carta pie.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: