Lawatan dan perasmian PEDi Nanga Sekuau oleh YB Datuk Hj Julaihi bin Hj Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak
27 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mac 2022, YB Datuk Hj Julaihi bin Hj Narawi, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak telah mengadakan lawatan dan perasmian ke PEDi Nanga Sekuau. Sejurus ketibaan YB Datuk Hj Julaihi bin Hj Narawi,upacara memotong riben bersama-sama ADUN N.59 Tamin,YB Ir. Christopher Gira ak Sambang telah diadakan dan juga upacara menandatangani plak oleh YB Datuk Hj Julaihi bin Hj Narawi. Sejurus selepas itu,YB Datuk dibawa untuk melihat pameran daripada usahawan PEDi iaitu Puan Winniefred Lahai, Puan Sylviana ak Dali dan juga Puan Liah ak Umal. Semasa lawatan,YB Datuk telah diberikan taklimat berkenaan dengan latar belakang dan aktiviti yang dijalankan di PEDi. Sesi soal jawab juga berlansung dengan lancar. Turut hadir bersama adalah YB Datuk Liwan Lagang,Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi 1 dan juga Ahli Undangan Negeri N.59 Tamin,YB Ir. Christopher Gira ak Sambang. Lawatan YB Datuk diakhiri dengan jamuan ringan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: