Usahawan KRT SEKUAU (Makanan tradisional iban)
12 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniKakitangan PEDi Nanga Sekuau telah di jemput untuk menyertai program yang dianjurkan oleh usahawan KRT Sekuau ( Kawasan Rukun Tetangga) yang telah dijalankan pada 11 June 2022 iaitu program Makanan Tradisional Iban. Kelas usahawan ini dijalankan untuk mengeratkan silaturahim diantara pihak penduduk tempatan dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Nanga Sekuau. Usahawan KRT Sekuau menghasilkan makanan tradisional iban seperti kuih Sarang Semut dan juga kuih Cuan. Kuih-kuih ini selalu dihidangkan semasa perayaan seperti perayaan Hari Gawai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: