Entrepreneur- Surat rasmi & Surat tidak rasmi
15 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniKelas kali ini telah dijalankan pada 14 Mei 2022. Kelas ini telah dihadiri oleh komuniti setempat yang ingin menjadi usahawan. Pelajar diberi peluang untuk menghasilkan surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi dengan berpandukan contoh yang diberikan. Kelas ini bertujuan untuk mengajar bakal usahawan agar dapat menaip surat sendiri agar dapat memohon bantuan peruntukan daripada mana-mana pihak terutamanya dari wakil rakyat dan agensi kerajaan. Surat rasmi merupakan ilmu asas yang perlu diketahui oleh bakal usahawan untuk memudahkan urusan mereka di kemudian hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: