E-Learning (DIY Tanglung)
21 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas e-learning telah dijalankan pada 20 Februari 2021 secara atas talian iaitu menggunakan whatsapp. Kelas ini dihadiri oleh murid sekolah. Kelas ini dijalankan secara online kerana mereka tidak dapat datang ke Pusat Internet Komuniti Nanga Sekuau atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan(PKP). Untuk kelas ini, pelajar telah diberikan tugasan iaitu membuat DIY tanglung dimana mereka diajar cara membuat tanglung dengan bantuan ibubapa mengikut kreativiti dan idea mereka sendiri. Mereka juga bebas mengubah rekaan tersebut mengikut citarasa sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: