Advokasi – Penipuan internet
7 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniKelas advokasi telah dijalankan pada 6 Ogos 2021. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Nanga sekuau selama 1 jam bermula dari 9 pagi dan tamat pada 10 pagi. Untuk kali ini, pelajar didedahkan dengan maksud module yang dipelajari iaitu module penipuan internet dimana mereka disarankan agar tidak mudah percaya dengan maklumat yang terdapat dalam laman sosial terutamanya seperti facebook dan sebagainya. Mereka juga dinasihatkan supaya tidak mudah tertipu dengan iklan yang terdapat di laman sosial yang melibatkan duit. Mereka juga diajar cara bagaimana mengelakkan diri daripada jenayah siber dan bagi memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan module yang diajar mereka dengan dipertontonkan video yang berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: