E-Learning (DIY Mini Notebook)
15 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas e-learning telah dijalankan pada 14 Februari 2021 secara atas talian iaitu menggunakan whatsapp. Kelas ini dihadiri oleh pelajar Ipt. Kelas ini dijalankan secara online kerana mereka tidak dapat datang ke Pusat Internet Komuniti Nanga Sekuau atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB). Untuk kelas ini, pelajar telah diberikan tugasan iaitu membuat DIY mini notebook dimana mereka diajar membuat buku nota mini yang senang dibawa kemana-man mengikut kreativiti dan idea mereka sendiri. Mereka bebas memilih gambar dan mengubah rekaan tersebut mengikut citarasa sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: