Advokasi - Kita Belum Menang
11 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKelas advokasi telah dijalankan pada 10 Februari 2021. Kelas ini dihadiri oleh komuniti sekuau. Kelas berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Nanga Sekuau selama 1 jam bermula dari 9 pagi dan tamat pada 10 pagi. Untuk kali ini, mereka didedahkan maksud module Kita Belum Menang dimana mereka perlu mengamalkan 3W iaitu wash, wear dan warn dan juga elakkan 3C iaitu crowded, confined space dan close conversation sepanjang wabak Covid-19 yang sedang melanda. Bagi memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan module yang diajar, mereka dipertontonkan dengan video yang berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: