Sales and Marketing
4 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniKursus Sales and Marketing ini telah dijalankan pada 29 November hingga 3 Disember 2021. Kursus ini dijalankan secara Online di kediaman perserta masing-masing dan PEDi berikutan kekangan SOP. Kursus Sales and Marketing ini dijalankan untuk mengajar tentang maksud sales dan marketing. Kursus ini juga dijalankan untuk memberi pendedahan kepada usahawan cara-cara untuk memasarkan produk agar dapat bersaing dengan pesaing yang lain dengan cara yang lebih efektif. Sepanjang 5 hari berkursus,peserta diberi kerja berkumpulan dan membuat pembentangan berkenaan tajuk yang diberikan. Kursus ini sangat membantu para usahawan kerana kebanyakkan mereka merupakan usahawan yang baru bermula untuk menjual produk. Dengan kursus ini, mereka dapat merangka strategi bagi membolehkan produk mereka dikenali oleh orang ramai. Kursus berjalan dengan lancar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: