Ms Word – Pengenalan Kepada Surat Kiriman Rasmi
13 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniKelas kali ini telah dijalankan pada 12 December 2020. Kelas ini dihadiri oleh komuniti Sekuau. Untuk kelas ini, mereka diberikan pengenalan tentang surat rasmi dan juga turut diberikan contoh format surat kiriman rasmi menggunakan Ms word. Mereka diberi peluang untuk menghasilkan surat kiriman rasmi dengan berpandukan contoh yang diberikan. Kelas ini dapat mencungkil kemahiran Bahasa dalam menghuraikan dan menghasilkan ayat-ayat yang ringkas dan padat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: