Advokasi – Maklumat Palsu
12 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas advokasi telah dijalankan pada 11 jan 2019. Kelas ini dihadiri oleh murid sekolah dan komuniti sekuau. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Nanga sekuau selama 1 jam bermula dari 10 pagi dan tamat pada 11 pagi. Untuk kali ini, pelajar didedahkan dengan maksud module yang dipelajari iaitu module maklumat palsu dimana mereka disarankan agar tidak mudah percaya dengan maklumat yang terdapat dalam laman sosial terutamanya seperti facebook dan sebagainya.
Mereka juga dinasihatkan supaya tidak mudah untuk berkongsi maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi terutamanya di laman sosial. Mereka juga diajar cara bagaimana mengelakkan diri daripada jenayah siber dan bagi memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan module yang diajar mereka dengan dipertontonkan video yang berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: