Advokasi - (Kebebasan Bersuara, Bukan Kebebasan Berbohong)
8 November 2020 | Aktiviti TerkiniKelas advokasi telah dijalankan pada 7 November 2020. Kelas ini dihadiri oleh komuniti sekuau. Kelas berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Nanga Sekuau selama 1 jam bermula dari 9 pagi dan tamat pada 10 pagi. Untuk kali ini, komuniti sekuau didedahkan maksud module kebebasan bersuara, bukan kebebasan berbohong dimana mereka boleh menyuarakan pendapat masing-masing tapi perlu berdasarkan fakta yang benar dan tidak menipu mana-mana pihak. Mereka juga diberi pendedahan berkaitan dengan module tersebut. Bagi memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan module yang diajar mereka dipertontonkan dengan video yang berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: