Advokasi E - Waste
5 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas advokasi telah dijalankan pada 4 Januari 2020. Kelas ini dihadiri oleh murid sekolah dan komuniti sekuau. Kelas berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Nanga Sekuau selama 1 jam bermula dari 4 petang dan tamat pada 5 petang. Untuk kali ini,pelajar sekolah dan komuniti sekuau didedahkan maksud module E-waste dimana mereka diberitahu bahawa pentingnya mengitar semula bahan terpakai seperti telefon yang telah rosak. Mereka juga diberi pendedahan berkaitan dengan penyalahgunaan internet. Bagi memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan module yang diajar mereka dipertontonkan dengan video yang berkaitan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: