Advokasi – Usahawan Berintegriti Dan Anti Rasuah
16 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniKelas advokasi telah dijalankan pada 15 Ogos 2020. Kelas ini dihadiri oleh murid sekolah dan komuniti sekuau. Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Nanga sekuau selama 1 jam bermula dari 9 pagi dan tamat pada 10 pagi. Untuk kali ini, pelajar didedahkan dengan maksud module yang dipelajari iaitu usahawan berintegriti dan anti rasuah dimana mereka disarankan agar tidak mudah menerima rasuah.
Mereka juga dinasihatkan untuk tidak menerima rasuah dalam apa jua jenis bentuk rasuah seperti barangan ataupun duit. Mereka juga didedahkan tentang bahaya sekiranya menerima rasuah. Kakitangan Pusat Internet memberi kefahaman yang mendalam berkaitan dengan module yang diajar mereka dengan mempertontonkan video yang berkaitan kepada para pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: