Kelas Ms Word
9 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ms word telah dijalankan pada 8 oct 2018. Kelas ini dihadiri oleh ketua kampung Kelas yang berlansung Bilik Latihan Pusat Internet Nanga Sekuau, selama 3 jam bermula dari 9 pagi dan tamat pada 12.00 tengah hari.
Untuk kali ini,orang awam diminta untuk mengimbas semula apa yang dipelajari pada bulan yang lepas berkaitan dengan cara-cara menaip yang betul, mencari kesalahan ayat yang terdapat dalam petikan. Mereka juga diajar cara mencari gambar secara dalam talian dan memasukkan gambar tersebut mengikut latihan yang diberikan. Selain itu mereka juga disuruh menaip penerangan berdasarkan teks yang diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: