Program Hari Terbuka Pusat Internet Nanga Sekuau

10 June 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Jun 2018 iaitu hari Sabtu yang lepas, Pusat Internet Nanga sekuau telah mengadakan Program Hari Terbuka bersama komuniti Nanga Sekuau. Program ini bertujuan untuk Mempromosi Pusat Internet Nanga Sekuau kepada orang ramai, Menjalinkan hubungan antara komuniti setempat dengan Pusat Internet Nanga Sekuau dan mendekatkan penduduk kampung dengan Pusat Internet melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam jangka pendek dan panjang.

Sepanjang program berlansung, pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dijalankan. Program berlangsung bermula dari jam 8.00 sehingga jam 12.00 tengah hari. Diharapkan program Hari Terbuka ini dapat menyemai sikap kerjasama antara kakitangan pusat internet dengan penduduk sekitar Skim Sekuau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali