Kelas Microsft Word
14 November 2017 | Aktiviti TerkiniKelas dijalankan pada 13 November di pusat internet 1 malaysia. Kelas ini kesinabungan kelas yang lepas. Semasa kelas dijalan, orang awam diajar cara membuat surat rasmi ke pihak atasan mengikut contoh yang seperti yang diberikan. Sebelum kelas bermula, pelajar bersoal jawab bersama kakitangan PI berkaitan dengan apa yang dipelajari minggu sebelumnya.
Bagi memantapkan kefahaman pelajar dalam menulis surat rasmi, pelajar diberi latihan dengan membuat sepucuk surat berdasarkan contoh yang diberikan. Kelas ini berlangsung dari jam 9 sampai jam 12 tengahari dan akan bersambung pada minggu akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: