Advokasi (E-Waste)
16 Julai 2017 | Aktiviti Terkini
Program pengenalan modul E-waste dijalankan pada 15 julai 2017 yang lalu untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang bahan kitar. Pelajar diberi penerangan tentang kepentingan mengitar semula bahan buangan seperti elektronik. Selain itu, pelajar juga disuruh menonton youtube berkaitan bahan kitar semula tersebut.
Contoh-contoh bahan elektronik yang patut dikitar semula juga diberitahu kepada pelajar seperti telepon bimbit, dan mp3. Latihan telah diadakan selama 2 jam diadakan di bilik latihan pusat internet 1 Malaysia Nanga Sekuau dan dilangsungkan pada hari sabtu dan bermula pada pukul 10am hingga 12.00 pm.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: